Saturday 23 March 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan


11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Ringkasan

Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010


· Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.
· Membangunkan modal insan
Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk
pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
· Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru
besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
· Merapatkan jurang pendidikan
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar,
mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan
pedalaman.
· Memartabatkan profesion keguruan
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan
latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

Motivasi / Tazkirah


Motivasi Diri Melalui Rasa Percaya Diri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.
Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam :

1. Hindari Mencari-Cari Alasan
Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup. 

3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka. 

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.


Motivasi Diri – 8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah
oleh JURNAL INSPIRASI pada APRIL 9, 2012

S
ebelum pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam menyusuri jalan kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar.
Hal ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia biasa. Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang agar sentiasa mengemas kini status (update status) diri sebagai hamba.
Di antara nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat pengiktirafan dan gelaran sebagai ‘Hamba Allah’.
Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri
Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:
·         Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya
·         Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
·         ‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
·         Membawa diri untuk mencari ketenangan
·         Menghabiskan masa dengan hobi
·         Berkongsi masalah bersama rakan karib
·         Dan lain-lain.
Kebanyakan cara yang disenaraikan betul. Namun di sebalik semua itu, cara yang baik untuk mengembalikan motivasi diri adalah dengan kembali kepada fitrah.

Kembali Kepada Fitrah

Kembali kepada fitrah mudah difahami dengan menghayati konsep ‘Hamba Allah’.
Apakah tujuan sebenar manusia diciptakan di muka bumi Allah ini? Bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya?.
Tujuan sebenar manusia diciptakan telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Zaariyaat, ayat 56 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.

Secara tersurat, ayat di atas jelas menunjukkan tujuan manusia dicipta adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah.
Penjelasan ini juga sekaligus menjawab persoalan bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya, iaitu dengan mentaati segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas
Bagaimana menghubungkan di antara ‘Meningkatkan Motivasi Diri‘dan ‘Kembali Kepada Fitrah’?
Ketika diuji dengan motivasi diri yang menurun, cara terbaik meningkatkannya kembali adalah dengan kembali kepada Allah (kenyataan ini tidak menafikan cara-cara yang lain). Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah:
·         Cara  # 1 – Membaca Al-Quran
                                   Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas.
·         Cara # 2 – Berzikir
                                 Motivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah
                                  mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah).

·         Cara # 3 – Memerhati Kejadian Alam
                                  Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam.
                                  Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku  
                                  ada yang mengaturnya.
·         Cara # 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid
                                  Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.
                                  Selain itu, seorang rakan Rusia memberitahu penulis bahawa hatinya terasa      
                                  tenang setelah menjejakkan kaki di masjid. Selepas itu, hatinya terus mendapat   
                                 hidayah dan memeluk Islam.
·         Cara # 5 – Menghadiri Majlis Ilmu
                                  Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina    
·         Cara # 6 – Mendengar Kuliah Agama
                                  Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran
                                  disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.
·         Cara # 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)
                                  Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran.
·         Cara # 8 – Berbuat Kebaikan
                                 Ia kerana memberi kebaikan kepada orang bererti memberi kebaikan kepada diri                

Akhir Kata…
Sebagai orang Islam, keyakinan kepada Allah dan ajaran Islam adalah sumber utama meningkatkan motivasi diri.
Suatu masa dahulu sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang dikatakan ‘tiada apa-apa’. Namun kedatangan Islam telah membawa ‘sinar cahaya’.
Demikian secebis perkongsian tentang 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan kembali kepada fitrah.

Sumber :http://jurnalinspirasi.com/8-cara-meningkatkan-motivasi-diri-dengan-kembali-kepada-fitrah.html


Motivasi / Tazkirah (video)

Ust. Kazim Elias - Senyumlah
Tips Transformasi Ramadan bersama Prof. Dr. Muhaya - Siri 1
Tips Transformasi Ramadan bersama Prof. Dr. Muhaya Muhamad - Siri 2

Bahasa Melayu


Permainan Bahasa

Antara permainan bahasa :
·         Sisip Suku Kata
·         Delapan Kata
·         Jejak Kata
·         Lingkaran Kekata
·         Menangga Kekata


Koleksi Peribahasa

Antara koleksi bahasa :

1.       Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]

2.       Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering
           bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]

3.       Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa
           gembira]

4.       Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]

5.       Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila
           memperkatakan sesuatu]

6.       Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru
           bertindak]

7.       Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan
           sementara mendapat pekerjaan yang tetap]

8.       Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang
          senang dibuat kemudian]

9.       Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan
          sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]

10.    Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]


Kata Banyak Makna

Antara contoh kata banyak makna :

·         Alamat
·         Ambang
·         Baharu
·         Bangkit
·         Baik
·         Bantai
·         Belenggu

Refleksi Membina Blog


REFLEKSI

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer  dalam mata pelajaran BMM3105 semester 3, amat menarik hati saya. Apa agaknya yang akan saya perolehi manfaatnya nanti. Tak sabar rasanya  nak memulakan semester baru. Mungkin inilah peluang saya untuk menambah ilmu  dalam dunia tanpa sempadan  yang tak pernah terfikir pun sebelum ini. Dalam kerancakan  dan kepesatan kemajuan dunia teknologi memang tidak dinafikan dunia glamour seorang guru dulu dan kini amat berbeza. Tugasan pertama ialah mencari  garis panduan dan etika  penggunaan internet dan menghantar e-mail kepada pensyarah.  Seterusnya, ialah mengumpulkan maklumat mengenai alam sekitar dan menyimpannya di dalam folder dan  empat subfolder iaitu grafik, video, teks dan audio. Alhamdulillah tugasan ini agak mudah untuk disediakan . Tugasan seterusnya ialah menghasilkan blog. Mulanya saya rasa, saya dapat membina blog ini dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan, namun rupa-rupanya,dalam masa yang singkat berinteraksi,amat sukar bagi saya menghasilkan blog ini.  Apatah lagi dengan kesibukan pelbagai aktiviti di sekolah menjadikan saya hampir putus asa.  Syukur ke hadrat Illahi,  anak  saya banyak membantu menghasilkan blog ini, walaupun tak sehebat mana, namun cukup untuk saya menimba ilmu baru untuk kelangsungan dunia pendidikan yang semakin canggih. Saya berharap suatu hari nanti, blog ini dapat digunakan oleh para  pendidik  dan juga anak didik khususnya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan   penghargaan kepada semua yang terlibat yang telah banyak membantu saya  menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu  tanpa jemu. Kepada Keluarga, suami dan anak-anak tersayang, terima kasih atas sokongan kalian. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dan diberi pahala yang besar atas segala bantuan yang diberikan.Saya akan terus berdoa agar  ilmu Mu ini akan  terus subur  dan  dapat   memberi manfaat kepada semua.
Amin.......

Garis Panduan Dan Etika Penggunaan Internet


Garis Panduan Dan Etika Penggunaan Internet

1. Jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam,
    menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur
    perasaan benci.
2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan
    kekacauan dan ketegangan serta 
    perlanggaran undang-undang.
3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan
    individu, organisasi atau masyarakat
    secara keseluruhannya.
4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan 
    aktiviti haram seperti skim cepat kaya,  skim piramid dan
    surat berantai dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-
    undang.
5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu,
    kumpulan atau organisasi yang lain.
6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada
    sebarang borang, kontrak atau
    permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad 
    kredit.
7. Jangan melaksanakan sebarang bentuk pemantauan
    rangkaian (network monitoring) bagi mencuri
    atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.

Katalog Alamat Internet

KATALOG ALAMAT INTERNET

WEB BERITA

Tajuk :  Jiwa Kecil
Sinopsis :  Lukisan adalah saluran terbaik untuk ibu bapa mengenali anak kecil .Kanak-kanak membesar dengan kemahiran melukis mempunyai satu lagi potensi positif yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan dan kerjaya.


Tajuk :  Projek unik upm, Coca-Cola
Sinopsis : Projek unik dipanggil Berbasikal Demi Mengitar Semula yang menggalakkan mahasiswa  mengitar semula, menekankan kesedaran bagi membolehkan matlamat menjadikan kawasan kampus sebagai zon berbasikal sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dan menjalani gaya hidup aktif.



Tajuk :  Daun Belalai Gajah
Sinopsis : Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.



Tajuk : 47,884 calon STPM lulus
Sinopsis : Secara keseluruhan, pencapaian calon menunjukkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) daripada 2.22 kepada 2.24. 


WEB/BLOG PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Tajuk : Penjodoh Bilangan
Sinopsis : Memberi pelajar pengetahuan tentang kata penjodoh bilangan


Tajuk : Koleksi Contoh Karangan / Esei Bahasa Melayu (BM) UPSR (2)
Sinopsis : Memberi pelajar contoh-contoh karangan Bahasa Melayu


Tajuk : Kata Adjektif ( Kata Sifat )
Sinopsis : Mengajar pelajar tentang kata adjektif


Tajuk : Belajar Bahasa Melayu - Antonim Dan Sinonim
Sinopsis : Guru boleh mengajar pelajar sekolah rendah untuk mengenalpasti antonim dan sinonim
                 melalui video


Web/Blog Berkaitan Sastera/Bahasa/Seni/Budaya

Tajuk : Konsep dan Istilah Komponen Sastera
Sinopsis : Pembaca dapat mengenal konsep dan istilah komponen sastera


Tajuk : Etnik Baba Dan Nyonya
Sinopsis : Mengenali keunikan Budaya


Tajuk : Kraftangan Pelbagai Kaum
Sinopsis : Kepelbagaian kraftangan oleh kaum


Tajuk : BAHAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA
Sinopsis : Guru boleh menggunakan bahan sastera dalam pengajaran bahasa



Cara Guna Enjin Carian di Internet


Enjin Carian Di Internet
*   Ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa yang cepat.
*   Pengguna enjin carian perlu cekap untuk mendapatkan carian.
*   Struktur binaan sesebuah enjin carian umumnya sama.
*   Contoh perbincangan  :  Enjin carian Google
Kaedah Yang Betul Guna Enjin Carian Di Internet  :-
1.    Guna kata kunci atau terma yang unik dan spesifik.
2.    Guna  tanda tolak (-)
3.    Penggunaan tanda pengikat kata (" ")
4.    Pengunaan huruf besar dan huruf kecil.
5.    Tidak menggunakan perkataan kebiasaan contoh untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. dan tanda seruan. Namun,enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian jika ia ada dalam pengikat kata (" ").
6.    Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
7.    Gunakan perkataan asas bagi berbahasa
8.    Penggunaan Browser History 
9.    Had masa carian dan guna kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut :-
*      Penggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
*      Membuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik
*      Menggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
*      Membuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
*      Bertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Simbol-simbol yang boleh diguna pakai bagi menambahkan kespesifikan carian:  
*      Tanda tambah ( + )
*      Tanda aliran ( ~ )
*      Tanda asterik ( * )
*      Tanda atau ( OR ) atau ( | ) –
*      Julat penomboran
*      Penggunaan carian pintar atau Advanced Search
*      Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google.

Sumber : 


Sumber  :
Pautan cara guna enjin carian  :