Saturday 23 March 2013

Motivasi / Tazkirah


Motivasi Diri Melalui Rasa Percaya Diri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.
Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam :

1. Hindari Mencari-Cari Alasan
Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup. 

3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka. 

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.


Motivasi Diri – 8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah
oleh JURNAL INSPIRASI pada APRIL 9, 2012

S
ebelum pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam menyusuri jalan kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar.
Hal ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia biasa. Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang agar sentiasa mengemas kini status (update status) diri sebagai hamba.
Di antara nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat pengiktirafan dan gelaran sebagai ‘Hamba Allah’.
Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri
Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:
·         Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya
·         Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
·         ‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
·         Membawa diri untuk mencari ketenangan
·         Menghabiskan masa dengan hobi
·         Berkongsi masalah bersama rakan karib
·         Dan lain-lain.
Kebanyakan cara yang disenaraikan betul. Namun di sebalik semua itu, cara yang baik untuk mengembalikan motivasi diri adalah dengan kembali kepada fitrah.

Kembali Kepada Fitrah

Kembali kepada fitrah mudah difahami dengan menghayati konsep ‘Hamba Allah’.
Apakah tujuan sebenar manusia diciptakan di muka bumi Allah ini? Bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya?.
Tujuan sebenar manusia diciptakan telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Zaariyaat, ayat 56 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.

Secara tersurat, ayat di atas jelas menunjukkan tujuan manusia dicipta adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah.
Penjelasan ini juga sekaligus menjawab persoalan bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya, iaitu dengan mentaati segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas
Bagaimana menghubungkan di antara ‘Meningkatkan Motivasi Diri‘dan ‘Kembali Kepada Fitrah’?
Ketika diuji dengan motivasi diri yang menurun, cara terbaik meningkatkannya kembali adalah dengan kembali kepada Allah (kenyataan ini tidak menafikan cara-cara yang lain). Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah:
·         Cara  # 1 – Membaca Al-Quran
                                   Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas.
·         Cara # 2 – Berzikir
                                 Motivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah
                                  mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah).

·         Cara # 3 – Memerhati Kejadian Alam
                                  Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam.
                                  Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku  
                                  ada yang mengaturnya.
·         Cara # 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid
                                  Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.
                                  Selain itu, seorang rakan Rusia memberitahu penulis bahawa hatinya terasa      
                                  tenang setelah menjejakkan kaki di masjid. Selepas itu, hatinya terus mendapat   
                                 hidayah dan memeluk Islam.
·         Cara # 5 – Menghadiri Majlis Ilmu
                                  Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina    
·         Cara # 6 – Mendengar Kuliah Agama
                                  Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran
                                  disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.
·         Cara # 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)
                                  Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran.
·         Cara # 8 – Berbuat Kebaikan
                                 Ia kerana memberi kebaikan kepada orang bererti memberi kebaikan kepada diri                

Akhir Kata…
Sebagai orang Islam, keyakinan kepada Allah dan ajaran Islam adalah sumber utama meningkatkan motivasi diri.
Suatu masa dahulu sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang dikatakan ‘tiada apa-apa’. Namun kedatangan Islam telah membawa ‘sinar cahaya’.
Demikian secebis perkongsian tentang 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan kembali kepada fitrah.

Sumber :http://jurnalinspirasi.com/8-cara-meningkatkan-motivasi-diri-dengan-kembali-kepada-fitrah.html


Motivasi / Tazkirah (video)

Ust. Kazim Elias - Senyumlah
Tips Transformasi Ramadan bersama Prof. Dr. Muhaya - Siri 1
Tips Transformasi Ramadan bersama Prof. Dr. Muhaya Muhamad - Siri 2

No comments:

Post a Comment