Saturday 23 March 2013

Refleksi Membina Blog


REFLEKSI

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer  dalam mata pelajaran BMM3105 semester 3, amat menarik hati saya. Apa agaknya yang akan saya perolehi manfaatnya nanti. Tak sabar rasanya  nak memulakan semester baru. Mungkin inilah peluang saya untuk menambah ilmu  dalam dunia tanpa sempadan  yang tak pernah terfikir pun sebelum ini. Dalam kerancakan  dan kepesatan kemajuan dunia teknologi memang tidak dinafikan dunia glamour seorang guru dulu dan kini amat berbeza. Tugasan pertama ialah mencari  garis panduan dan etika  penggunaan internet dan menghantar e-mail kepada pensyarah.  Seterusnya, ialah mengumpulkan maklumat mengenai alam sekitar dan menyimpannya di dalam folder dan  empat subfolder iaitu grafik, video, teks dan audio. Alhamdulillah tugasan ini agak mudah untuk disediakan . Tugasan seterusnya ialah menghasilkan blog. Mulanya saya rasa, saya dapat membina blog ini dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan, namun rupa-rupanya,dalam masa yang singkat berinteraksi,amat sukar bagi saya menghasilkan blog ini.  Apatah lagi dengan kesibukan pelbagai aktiviti di sekolah menjadikan saya hampir putus asa.  Syukur ke hadrat Illahi,  anak  saya banyak membantu menghasilkan blog ini, walaupun tak sehebat mana, namun cukup untuk saya menimba ilmu baru untuk kelangsungan dunia pendidikan yang semakin canggih. Saya berharap suatu hari nanti, blog ini dapat digunakan oleh para  pendidik  dan juga anak didik khususnya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan   penghargaan kepada semua yang terlibat yang telah banyak membantu saya  menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu  tanpa jemu. Kepada Keluarga, suami dan anak-anak tersayang, terima kasih atas sokongan kalian. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dan diberi pahala yang besar atas segala bantuan yang diberikan.Saya akan terus berdoa agar  ilmu Mu ini akan  terus subur  dan  dapat   memberi manfaat kepada semua.
Amin.......

No comments:

Post a Comment